Skip to main content

Minggu ini, Sony memfailkan satu paten yang mana ianya kelihatan seakan kit pembangunan buat konsol Playstation, seperti yang anda lihat melalui imej di bawah.

Seperti anda sedia maklum, kit pembangunan konsol merupakan satu sistem konsol khas yang diberikan buat pembangunan untuk membangunkan permainan video di mana ianya mempunyai beberapa fungsi tambahan lain berbanding konsol yang dijual buat pengguna.

Namun, paten tersebut kini disahkan oleh seorang pembangun dari Codemaster, iaitu Matthew Stott di mana melalui akaun Twitter, beliau menyatakan bahawa konsol tersebut sememangnya adalah kit pembangunan konsol Playstation yang mana mereka sendiri telah pun memilikinya. Namun begitu, kuciran tersebut telah pun dipadamkan.

Kami sendiri di Aksiz agak khuatir dengan kenyataan tersebut, namun memandang Matthew Stott sendiri adalah pembangun dari Codemaster yang disahkan, kami percaya kenyataan beliau adalah betul.

Semestinya dengan pelancaran konsol generasi seterusnya diperkatakan bakal tiba penghujung tahun hadapan, kami percaya Sony kini sememangnya sudah mula memberi kit pembangunan konsol Playstation seterusnya kepada pembangun untuk mula membangunkan permainan-permainan video buat konsol tersebut.

Tambahan itu, jika ingin dibandingkan dengan kit pembangunan konsol Playstation 4 di atas, semestinya rekaan tersebut mempunyai rekaan yang hampir sama dan sekaligus mengesahkan lagi bahawa paten tersebut adalah benar.

Leave a Reply