Pembangun permainan terkenal dengan Marvel’s Spider-Man dan siri Ratchet & Clank iaitu Insomniac Games kini disahkan bahawa mereka di beli oleh Sony Interactive Entertainment sekaligus menyertai senarai pembangun buat Worldwide Studios oleh Sony.

Semestinya studio tersebut sebelum ini sering membangunkan permainan eksklusif buat konsol Playstation dan kini tampaknya mereka akan terus membangunkan permainan buat konsol Playstation di bawah naungan Sony Interactive Entertainment sendiri.

Insomniac Games mula ditubuhkan pada 1994 lepas di mana mereka juga adalah pembangun asal buat siri Spyro di konsol Playstation 1 lepas.

Sohor Kini