Kerjasama Uniqlo dengan syarikat penerbitan manga dan anime bukanlah sesuatu yang baru. Uniqlo cukup terkenal dengan baju t-shirt mereka yang mempamerkan tema daripada banyak siri manga dan anime yang popular, dan trend tersebut nampaknya akan berterusan buat masa ini.

Terkini, Uniqlo telah memperkenalkan siri t-shirt UT dengan kerjasama Weekly Shounen Magazine yang terdiri daripada beberapa nama manga yang sangat popular, seperti Hajime no Ippo, Nanatsu no Taizai, Mahou Sensei Negima, Fairy Tail, Shota no Sushi dan Shingeki no Kyojin.

Bergantung kepada siri manga yang diperkenalkan, setiap siri akan mempunyai beberapa rekaan yang menarik dan berbeza. Rekaan t-shirt ini sudahpun tiba di pasaran tempatan, dan setiap satu hadir dengan tanda harga RM39.90.

Anda juga boleh melayari laman web Uniqlo Malaysia untuk membeli rekaan-rekaan baju ini secara atas talian.

Sohor Kini