Skip to main content

Siri permainan Commandos pada hemat kami adalah antara permainan strategi terbaik pernah dihasilkan. Ia memerlukan kesabaran, kemampuan berfikir multi dimensi serta keberanian menggunakan unit berbeza mengikut situasi. Commandos 2 : Men of Courage adalah permainan terbaik dari empat yang dihasilkan oleh Pyro Studio dan ia akan menerima proses remaster tahun ini.

Commandos 2 HD Remaster akan dibangunkan oleh Kalypso Media. Kesemua grafik isometrik permainan ini akan dikemaskini bagi membolehkannya dipaparkan pada skrin peranti moden dengan resolusi yang tinggi. Jumlah poligon watak 3D serta tekstur juga akan dimodenkan sesuai dengan peredaran zaman. Permainan ini akan dilancarkan pada PC, Mac, Linux, PlayStation 4, Xbox One, Switch, Android dan iOS pada suku keempat 2019.

Sebagai peminat tegar Commandos, kami pernah menulis artikel permainan yang perlu menjalani proses remaster. Setakat ini hanya Resident 2 dan Commandos 2 menjadi kenyataan. Kami hanya boleh berdoa agar Nuclear Strike dan Smackdown Here Comes The Pain remaster pula akan diumumkan dalam masa terdekat.

Leave a Reply