Commandos merupakan antara siri permainan popular yang menawarkan bentuk permainan strategi masa-nyata, dimana anda akan mengawal sepasukan tentera dengan kepakaran tersendiri dalam menyelesaikan sesuatu misi.
Bagi anda yang meminatinya, tetapi tidak mempunyai koleksi permainan berkenaan, kini anda boleh mendapatkannya pada harga sangat murah.
Untuk tempoh terhad, GMG kini menawarkan koleksi permainan Commandos meliputi Commandos : Behind Enemy Lines, Commandos : Beyond The Call of Duty, Commandos 2 : Men of Couragae dan juga Commandos 3 : Destination Berlin.
Bagi anda yang mengemarinya, boleh mendapatkan permainan ini dengan mendaftar akaun GMG dan membelinya pada harga hanya RM1.09 sahaja. Permainan akan diberikan melalui Steam.
[info]Beli : Koleksi Commandos di GMG[/info]