Ketika laporan kewangan THQ Nordic yang berlangsung hari ini, mereka berkongsi sebilangan kemaskini dan informasi tambahan buat permainan-permainan yang diumumkan oleh mereka sebelum ini seperti TimeSplitters, Dead Island 2 dan Saints Row.

Antara kemaskini berkenaan TimeSplitters adalah THQ Nordic mengumumkan yang mana Steve Ellis, iaitu pereka siri tersebut kini menyertai THQ Nordic untuk merancang masa hadapan buat francais TimeSplitters. Meskipun buat masa ini informasi lain berkenaannya masih belum diumumkan.

Bagi permainan Dead Island 2 pula, menurut THQ Nordic, pembangunan permainan tersebut kini diambil alih oleh Dambuster Studios yang mana sebelum ini dibangunkan oleh Sumo Digital. Ini sekaligus meletakkan permainan tersebut dibangunkan oleh studio pembangun ketika sejak pengumumannya pada 2014 lepas. Informasi lain masih lagi belum dikongsikan.

Akhir sekali untuk siri Saints Row pula, Volition mengumumkan yang mana mereka kini sedang membangunkan permainan seterusnya buat siri tersebut dan menurut mereka, ianya adalah permainan penuh sejak pelancaran Saints Row IV pada 2013 lepas.

Sememangnya dengan pengumuman ini, sudah pasti permainan-permainan yang bakal dilancarkan oleh THQ Nordic akan menjadi lebih banyak pada masa akan datang. Seperti biasa, kami di Aksiz juga kan mengemaskini jika terdapat sebarang informasi tambahan berkenaannya.

Sohor Kini