Lanjutan daripada ura-ura sebelum ini buat permainan Bully seterusnya, terkini menurut laporan Comic Book, Bully 2 sememangnya sedang dibangunkan dan ia bakal dilancarkan sekitar penghujung tahun hadapan, iaitu antara bulan Oktober dan November.

Menariknya sekali, berdasarkan laporan, permainan tersebut sememangnya akan dilancarkan di konsol generasi kini iaitu Playstation 4 dan Xbox One bersama-sama di konsol generasi seterusnya yang mana Microsoft sebelum ini menyatakan konsol Xbox seterus akan tiba sekitar tarikh yang sama.

Semestinya tindakan ini mengingatkan kami akan pelancaran Grand Theft Auto V yang mana juga dilancarkan di kedua-dua generasi konsol iaitu di Playstation 3 dan Xbox 360, diikuti dengan pelancaran di Playstation 4 dan Xbox One selang setahun kemudian.

Meskipun begitu, ini masih lagi hanya satu ura-ura dan buat masa ini, Rockstar Games masih belum mengumumkannya secara rasmi dan kami percaya dengan kejayaan mereka dengan permainan Red Dead Redemption 2 dan Grand Theft Auto V, semestinya Rockstar Games tidak akan terhenti setakat ini.

Sohor Kini