Baru-baru ini, pengarah pemutus, Jessica Jefferies mengumumkan bahawa mereka sedang mencari pelakon suara latar untuk sebuah permainan yang dibangunkan oleh pembangun dari UK.
Castings just released for new Unannounced video game title with leading UK games developer, shooting at Pinewood Studios.
Please see previous tweets and email any suggestions over.— Jessica Jefferies CDG/CDA (@jessicajcasting) October 10, 2018
Melaluinya, terdapat tujuh panggilan pemutus yang mana ianya memfokuskan watak-watak remaja dan muda. Menariknya juga, di dalam senarai tersebut, terdapat kandungan terperinci yang menyatakan bahawa permainan tersebut akan digunakan sebagai kandungan keganasan bersama-sama watak muda.
Menariknya juga, di dalam senarai tersebut juga menyatakan bahawa akan terdapat watak yang akan memainkan peranan sebagai professor kolej.
Memandangkan Rockstar Games mempunyai studio pembangun di London, kemungkinan ini merupakan permainan seterusnya oleh mereka. Berdasarkan senarai watak pemutus juga, ianya kelihatan seakan permainan tersebut akan memfokuskan pelajar muda bersama-sama guru ataupun pensyarah.
Walaupun begitu, ini masih lagi hanya sebuah ura-ura dan Rockstar Games masih belum mengumumkan sebarang pengumuman. Kami percaya dengan pelancaran Red Dead Redemption 2 semakin hampir, Rockstar Games mungkin ingin memfokus lebih kepada permainan tersebut.