Skip to main content

Di acara persidangan Microsoft/Xbox mereka akhirnya memperlihatkan perancangan buat konsol generasi baharu. Ia buat masa ini digelar sebagai projek Scarlett dan akan tiba pada akhir tahun 2020.

Seperti konsol generasi baharu PlayStation, Microsoft juga memfokuskan kepada kepantasan pemuatan dengan penggunaan SSD. Mereka juga mengatakan konsol tersebut akan menyokong 120FPS dan resolusi 8K. Tambahan ia mempunyai kuasa pemprosesan 40 kali ganda berbanding Xbox One X.

Selain itu, konsol tersebut akan mempunyai sokongan ke-belakang sehingga 4 generasi. Halo Infinite juga diumumkan sebagai permainan yang akan dikeluarkan bersama dengan konsol tersebut.

Leave a Reply