Skip to main content

Death Stranding daripada awal lagi diumumkan bukan sahaja untuk PlayStation 4 tetapi juga untuk PC, namun semasa tarikh pengeluaran diumumkan sebelum ini, versi PC langsung tidak dinyatakan. Permainan tersebut juga disenaraikan sebagai permainan eksklusif untuk PS4 di laman PlayStation.

Minggu ini, berdasarkan perkongsian oleh seorang pengguna Resetera, Vestan, tampaknya Sony telah membuang Death Stranding daripada senarai tersebut yang membuatkan ramai menjangka yang Death Stranding akan turut diumumkan untuk PC.

Oleh disebabkan itu, ada kemungkinan yang Kojima Productions akan mengumumkan perkara tersebut di Gamescom 2019 di mana mereka akan melakukan perkongsian semasa acara pembukaan.

Sony melalui Sony Interactive Entertainment America (SIE) telah terlibat secara dekat di dalam pembangunan Death Stranding, bahkan tanda dagang untuk Death Stranding didaftarkan oleh SIE dan bukan Kojima Productions.

Namun, pendaftaran tanda dagang bukan menandakan IP tersebut adalah hak milik SIE, jadi Death Stranding masih berpeluang untuk dikeluarkan di Platform lain, terutama PC yang bukan ‘pesaing’ konsol seperti Xbox One dan Switch.

Ada juga kemungkinan yang permainan tersebut masih lagi akan dikeluarkan secara esklusif untuk PS4 buat masa terhad akan tetapi agak aneh penyenaraian dipadamkan secara tiba-tiba.

Leave a Reply