Geoff Keighley hari ini mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan satu acara pembukaan khas buat Gamescom 2019 menjelang bulan ini.
Menurut Geoff, acara tersebut akan disiarkan secara langsung di Cologne, Jerman pada 20 Ogos 2019 jam 2 pagi bagi waktu tempatan di pelbagai platform. Sudah pasti kami akan mengemaskini informasi lanjut platform pilihan setelah beliau mengumumkannya kelak.
Menarik sekali, Geoff juga mengesahkan Kojima Productions akan memperlihatkan informasi lanjut dan kandungan baharu buat permainan Death Stranding ketika acara tersebut.
Dengan pelancaran permainan tersebut semakin hampir menjelang November ini, sudah pasti informasi lanjut Death Stranding adalah sesuatu yang pasti dinantikan oleh peminat-peminat di luar sana.
Tambahan itu, beliau juga menyatakan bahawa terdapat pelbagai lagi penerbit lain seperti Sony Interactive Entertainment, Ubisoft dan sebagainya ketika acara yang sama.
Seperti biasa, kami pasti akan mengemaskini pengumuman tersebut setelah ianya dikongsikan secara rasmi kelak.