Awal Julai lepas, Bandai Namco mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permua Gundam Battle: Gunpla Warfare pada Ogos kelak. Terkini, tampaknya permua tersebut dilancarkan lebih awal di mana ianya kini sudah pun boleh dimuat-turun melalui App Store dan Google Playstore.
Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, permua ini memfokuskan pemain untuk menghasilkan Gunpla mereka sendiri dengan pelbagai kelengkapan dan bahagian-bahagian Gunpla lain, seakan permainan Gundam Breaker di konsol sebelum ini.
Dari segi bentuk permainan, permua ini juga menyertakan bentuk kawalan yang mudah dengan skrin sesentuh dan pemain berupaya untuk bertempur dengan pelbagai Mobile Suit lain daripada lebih dari 25 siri Gundam terkenal. Permua ini juga menyertakan penceritaannya tersendiri yang memfokuskan kelab Gunpla di sekolah menengah.
Bagi anda yang berminat untuk mencubanya, ianya boleh dimuat-turun secara percuma di iOS dan Android melalui pautan di bawah.
[download] Muat-Turun iOS: Gundam Battle: Gunpla Warfare[/download][download] Muat-Turun Android: Gundam Battle: Gunpla Warfare[/download]