Informasi Permainan Video Terkini
Kasut Bertemakan Star Wars, Spider-Man & Spongebob Diperlihatkan Di SDCC Oleh TOMS, Adidas & Nike

Kasut Bertemakan Star Wars, Spider-Man & Spongebob Diperlihatkan Di SDCC Oleh TOMS, Adidas & Nike

Diterbitkan pada July 20, 2019 oleh .

Jenama-jenama kasut terkenal sudah biasa berkolaborasi dengan banyak komik, filem dan lain-lain. Sempena acara San Diego Comic Con, Toms, Adidas dan Nike telah memperlihatkan beberapa kasut baharu mereka yang bertemakan Star Wars, Spider-Man dan juga Spongebob.

TOMS x Star Wars

TOMS telah memperlihatkan beberapa kasut bertemakan Star Wars. Kasut-kasut ini adalah untuk wanita, lelaki dan juga kanak-kanak. Antara rekaan kasut yang mereka perlihatkan adalah dengan rekaan seakan Storm Trooper, warna hitam angkasa seakan Darth Vader, kasut musim sejuk yang akan mengimbau adegan Luke mengembara di Planet Hoth bersama seekor Tantaun dan banyak lagi.

Harga jualan adalah daripada $39.95 sehingga $94.95, iaitu sekitar RM164 – RM360. Buat masa ini, TOMS dilihat memfokuskan jualan di Amerika Syarikat sahaja.

Lihat Senarai Penuh Kasut TOMS x Star Wars Di Sini

Adidas x MARVEL’S AMAZING SPIDER-MAN

Adidas jikalau tidak bekerjasama dengan atlet bola jaring pasti tidak sah. Kebanyakan kasut mereka yang bertemkan Marvel juga begitu. Kali ini, mereka telah memperkenalkan kasut dengan tema Spider-Man dan juga Venom. Kasu mercu mereka adalah dengan kerjasama bersama atlet Donovan Mitchell.

Harga jualan kasut ini adalah $80, iaitu sekitar RM329. Kasut ini buat masa ini hanya tersenarai di laman web rasmi Adidas Amerika Syarikat sahaja. Tidak pasti jika ia akan dijual ke pasaran tempatan ataupun tidak, jika ya – pasti tidak semua rekaan akan disertakan.

Lihat Senarai Penuh Kasut Adidas x Spider-Man Di Sini

Nike x Spongebob

Nike turut memperlihatkan kasut baharu mereka. Cuma, kasut mereka ini bukannya bertemakan filem di angkasa lepas atau adiwira – tetapi ia bertemakan watak kartun Spongebob Squarepants. Nike bekerjasama dengan atlet yang bernama Kyrie Irving, sambil menyambut ulang tahun kedua puluh Spongebob.

Kasut Nike ini juga memfokuskan pasaran di Amerika Syarikat sahaja buat masa ini. Ia juga merupakan antara yang paling mahal, iaitu $130 (~RM534).

Lihat Imej Penuh Kasut Nike x Spongebob Di Sini


TIPS & ULASAN