
Siri TV DC Universe Titans adalah siri yang mengisahkan sepasukan adiwira yang terdiri daripada Robin, Starfire, Beastboy dan Raven. Siri TV ini bukannya diadaptasi daripada komik secara terus atau animasi Teen Titans, tetapi telah diolah sedikit untuk siaran di platform penstriman DC Universe. Siri TV ini juga adalah sedikit ‘gelap’, ganas dan banyak menggunakan bahasa kasar.

Musim pertama sudah pun tamat dan rakaman buat musim kedua masih lagi sedang dalam rakaman. Sukacita dimaklumkan yang rakaman buat musim kedua terpaksa ditangguhkan. Ini adalah kerana pelagak negeri mereka Warren Appleby mati ketika sedang menetapkan set rakaman. Beliau mati ketika sedang menetapkan satu adegan dengan kereta yang terbalik, ketika kereta tersebut sedang diuji – salah satu serpihan tertusuk ke kepala beliau.
Rakaman siri TV Titans musim kedua ini dilaporkan akan ditangguhkan dalam masa dua hari. Ini adalah bagi siasatan dilakukan oleh pihak berkuasa terlebih dahulu atas kejadian yang ngeri ini. Titans musim kedua disasarkan untuk disiarkan di platform penstriman DC Universe pada penghujung tahun ini dan siaran untuk Netflix masih tiada berita lagi. Sama-sama kita nantikan.