Informasi Permainan Video Terkini
Kutipan Spider-Man: Far From Home Adalah Yang Paling Tinggi Antara Semua Francais Spider-Man

Kutipan Spider-Man: Far From Home Adalah Yang Paling Tinggi Antara Semua Francais Spider-Man

Diterbitkan pada July 10, 2019 oleh .

Spider-Man: Far From Home adalah filem terkahir MCU dalam fasa ketiga. Dalam filem ini, ia turut terdapat sedikit penjelasan mengenai Endgame – seperti apa yang terjadi kepada mangsa ‘The Blip‘ selepas mereka muncul. Bukan itu sahaja, pendapat kami juga merasakan yang filem ini adalah antara filem Spider-Man yang terbaik pernah wujud di layar perak.

Terkini, pihak Sony Entertainment Malaysia telah berkongsi mengenai kutipan Spider-Man: Far From Home dalam Malaysia. Menurut mereka, dalam minggu pertama tayangan sahaja – sudah 1.4 Juta orang menontonnya. Kutipan pula telah mencecah sebanyak RM21 Juta.

Menurut Sony lagi, filem ini adalah filem dengan kutipan terbanyak untuk hujung minggu dalam sejarah filem Sony, kutipan terbanyak untuk mana-mana filem dalam bulan Julai dan juga merupakan kutipan terbanyak jika dibandingkan dengan mana-mana francais filem Spider-Man (juga kutipan di hujung minggu).

Bagi mereka yang belum tonton filem ini lagi, jangan lupa saksikan Spider-Man: Far From di pawagam. Dalam filem ini ia turut akan mengimbau kembali kenangan zaman Spider-Man arahan Sam Raimi dan mempunyai Fan Service yang membuatkan anda teruja dengan teori multi-dunia.


TIPS & ULASAN