Skip to main content

Syarikat media terbesar di dunia, Disney bakal melancarkan perkhidmatan penstriman Disney+ tidak lama lagi, dan ia boleh dikatakan ini adalah sebab mengapa Netflix dipaksa mengakhiri siri Marvel mereka, yang terdiri daripada Daredevil, Luke Cage, Iron Fist, Jessica Jones dan The Punisher.

Netflix, bersama-sama dengan Prop Store akan melelong semua prop-prop yang digunakan didalam siri Marvel mereka. Prop-prop tersebut termasuklah peralatan yang digunakan sepanjang rakaman siri-siri tersebut, seperti kostum, senjata, aksesori dan sebagainya.

Lelongan ini akan dijalankan oleh Prop Store pada bulan Ogos 12 dan 13 kelak di kedai Prop Store Los Angeles, dan ia dijangka bahawa beberapa barangan ini, khususnya sut Daredevil dan baju sejuk Luke Cage yang dipenuhi lubang peluru akan dijual dengan harga yang sangat tinggi.

Walaupun begitu, lelongan turut boleh diikuti melalui penstriman atas talian, dan mereka yang berminat untuk membeli memorabilia ini boleh membida secara atas talian juga.

Leave a Reply