Kemaskini: Demo bagi konsol Switch bakal dilancarkan pada 22 Julai 2019 ini.
Kill La Kill The Game: IF merupakan permainan perlawanan seterusnya oleh Arc System Works berdasarkan siri anime Kill La Kill. Permainan tersebut sebelum ini diumumkan bakal tiba di Playstation 4, Switch dan juga PC melalui Steam menjelang 25 Julai 2019 ini.
Terkini, Arc System Works akhirnya melancarkan demo permainan tersebut di konsol Playstation 4 dan anda berpeluang untuk mencubanya sebelum ia dilancarkan kelak.
Menurut Arc System Works, demo tersebut akan meyertakan 4 watak yang pemain boleh gunakan iaitu Satsuki Kiryuin, Ryuko Matoi, Ira Gamagoori dan Uzu Sanageyama. Melaluinya, pemain juga berupaya untuk bermain mod latihan, mod perlawanan dan juga bahagian awal mod penceritaan.
Buat masa ini, demo permainan tersebut hanya tiba di konsol Playstation 4. Bagi demo di Switch dan PC, Arc System Works masih belum berkongsinya lagi.
[download] Muat-Turun PSN Store: Kill La Kill The Game: IF Demo [/download]