Kill La Kill The Game: IF merupakan permainan perlawanan seterusnya oleh Arc System Works berdasarkan siri anime Kill La Kill. Permainan tersebut sebelum ini diumumkan bakal tiba di Playstation 4, Switch dan juga PC melalui Steam.

Terkini, Arc System Works akhirnya berkongsi yang mana permainan tersebut akan dilancarkan pada 25 Julai 2019 ini. Bersempena dengan itu, mereka juga memperlihatkan sebilangan bentuk dan kandungan permainan tersebut.

Melalui Kill La Kill The Game: IF, ianya berkonsepkan permainan perlawanan secara 3D. Seperti kebanyakkan permainan perlawanan lain, permainan ini akan menyertakan bentuk penceritaannya sendiri di mana senario penceritaannya dihasilkan oleh Kazuki Nakashima.

Dari segi mod lain, mod atas-talian, mod galeri dan juga mod latihan untuk pemain berlatih. Dari segi kawalan juga, permainan ini dikatakan mempunyai bentuk kawalan yang ringkas untuk pemain baharu dan juga mendalam untuk pemain veteran.

Bersempena dengan itu, mereka juga akan menyertakan rantai kunci khas buat mereka yang membuat pembelian awal. Edisi terhad permainan tersebut juga diumumkan akan dilancarkan bersama.

Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan permainan ini menjelang Julai ini.

Sohor Kini