Skip to main content

Stranger Things musim ketiga baru sahaja disiarkan di Netflix minggu lalu. Siri TV ini mengisahkan El, Mike, Dustin, Lucas, Will dan ramai lagi menewaskan Mind Flayer. Musim ketiga ini kembali seperti musim pertama, kerana ia penuh misteri, pengembaraan dan aksi – kerana apa yang mereka sangkakan telah berakhir di musim kedua, belum lagi berakhir sebenarnya.

Terkini, Microsoft telah bekerjsama dengan Netflix untuk mempromosikan siri TV ini. Microsoft telah melancarkan permainan PC Windows 1.11 berdasarkan siri TV ini dan apa yang menarik adalah, permainan ini mempunyai antaramuka berasaskan Windows 1.0 – iaitu sistem operasi pertama Micrsofoft yang dilancarkan pada tahun 1985, yang mana merupakan garis masa yang sama buat Stranger Things musim ketiga.

Permainan-permainan dalam Windows 1.11 ini adalah permainan retro yang akan mengimbau kembali kenangan zaman Windows 1.0. Akan tetapi, disebabkan ia bertemakan Stranger Things musim ketiga – akan terdapat Mind Flayer mengganggu pemain sebagai salah satu halangan. Daripada gambar tangkapan skrin yang Microsoft terbitkan, terdapat permainan dalam bentuk kod, teka-ria, lumba kereta dan banyak lagi.

Permainan ini pasti akan mengimbau kembali kenangan zaman dahulu, dengan permainan bergrafik 16-bit, antaramuka yang mirip Windows 1.0 yang menyokong perisian MS-DOS dan banyak lagi. Permainan ini dijadualkan untuk dilancarkan pada hari ini, namun ia masih belum boleh dimuat turun lagi di Microsoft Store.

Bagi yang berminat, boleh cuba layari Microsoft Store dan nantikan sahaja butang muat turun muncul untuk muat turun dan mula bermain. Perlu diingatkan yang permainan ini hanya sesuai untuk mereka yang berusia 16 tahun ke atas dan saiz permainan ini adalah lebih dari 700MB.

[download] Muat Turun Windows 1.11 Di Sini [/download]

Leave a Reply