
Pemain mula berkongsi yang portal untuk memasuki dunia ‘upside down’ iaitu satu dunia misteri di dalam Stranger Things mula kelihatan di dalam permainan pertempuran royale Fortnite.
Akaun twitter NX iaitu akaun Netflix yang memfokuskan fiksyen sains, permainan video, fantasi dan anime mengeluarkan kicauan yang memperlihatkan emoji “sudu dan garpu x tikus”.
Ia tidak membawa maksud yang mudah untuk difahami, tetapi akaun Twitter Fortnite pula membalas kicauan tersebut dengan mengumumkan secara rasmi acara berdasarkan Stranger Things akan hadir ke Fortnite.
Buat masa ini tiada perkongsian lanjut mengenai acara tersebut, akan tetapi oleh disebabkan Stranger Things musim ke-3 akan ditayangkan tidak lama lagi, ia akan hadir dalam masa terdekat.