Dengan tamatnya acara E3 2019 minggu lepas, Yoshinori Kitase, penerbit buat permainan Final Fantasy VII Remake berkongsi beberapa kenyataan berkenaan permainan tersebut melalui blog rasmi di Square-Enix.

Menurut Yoshinori Kitase, sasaran utama mereka untuk permainan Final Fantasy VII Remake adalah menghasilkan satu permainan Final Fantasy untuk era terkini di mana mereka ingin menghasilkan satu permainan yang mana bukan hanya satu permainan pernambah-baikkan namun olahan semula untuk dunia Final Fantasy VII.
Ini sekaligus membuatkan kandungan permainan tersebut tersangat luas, sehingga memerlukan mereka untuk melancarkan kandungan pertama Final Fantasy VII Remake dalam dua cakera Blu-Ray, seperti dilaporkan oleh kami sebelum ini.
Menurut beliau lagi, buat masa ini pembangunan bahagian pertama Final Fantasy VII Remake sedang disiapkan, mereka juga sedang merancang dan melakarkan kandungan bahagian seterusnya. Kebanyakan bentuk permainan asas telah pun siap untuk permainan pertama, Yoshinori Kitase menyatakan pembangunan bahagian kedua permainan akan lebih efisien. Akan tetapi, informasi lanjut berkenaan masih belum dikongsikan dan mereka ingin memfokuskan bahagian pertama permainan dahulu.
Beliau juga menyatakan matlamat utama siri Final Fantasy adalah inovasi di dalam teknologi permainan, sekaligus mereka menyasarkan Final Fantasy VII Remake bernilai sebagai satu permainan Final Fantasy utama seterusnya buat syarikat tersebut. Ini sekaligus membuahkan hasil kualiti yang tinggi buat permainan tersebut di mana mereka tidak berminat untuk melancarkannya dengan sekadar satu permainan pernambah-baikkan, namun satu permainan olahan semula secara menyeluruh.
Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, bahagian pertama Final Fantasy VII Remake akan memfokuskan lokasi bandaraya Midgar dan mereka menyatakan dengan teknologi terkini konsol permainan, mereka berjaya menghasilkan satu permainan yang lebih imersif dengan pelbagai bentuk kandungan persembahan yang lebih meluas seperti suara latar, tangkapan pergerakkan dan sebagainya.
Dari segi bentuk permainan pula, Yoshinori Kitase menyatakan dengan bentuk taktikal sistem ATB yang diperkenalkan ketika acara E3 lepas, mereka percaya ianya bukan sahaja akan menarik pemain veteran, malah pemain baharu disamping mengekalkan konsep seakan permainan klasik Final Fantasy.
Menurut beliau lagi, informasi lanjut akan dikongsikan pada masa akan datang menjelang pelancarannya tahun hadapan.
Final Fantasy VII Remake akan dilancarkan pada 3 Mac 2020 ini khas di konsol Playstation 4. Menurut Sony Interactive Entertainment, edisi digital permainan tersebut sudah boleh dipra-tempah dengan harga:
- Final Fantasy VII Remake Edisi Digital Biasa: RM229
- Final Fantasy VII Remake Edisi Digital Deluxe: RM334
Bagi edisi Deluxe, Square-Enix akan menyertakan buku karya digital, muzik latar digital dan dua Materia Summon iaitu Cactuar dan Carbuncle.
Bagi anda yang membuat pra-tempahan, Square-Enix akan menyertakan tema khas Playstation 4 bersama-sama dengan Summon Materia Choco Chic buat kedua-dua versi biasa dan Deluxe.
Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan edisi fizikal dan juga edisi terhad yang diumumkan sebelum ini, Sony Interactive Entertainment masih belum berkongsi harga rasmi buat edisi tersebut buat pasaran Malaysia.