Informasi Permainan Video Terkini
Microsoft Berkongsi Senarai Terakhir Permainan Keserasian Belakang Buat Konsol Xbox One

Microsoft Berkongsi Senarai Terakhir Permainan Keserasian Belakang Buat Konsol Xbox One

Diterbitkan pada June 14, 2019 oleh .

Awal minggu ini, Microsoft berkongsi informasi lanjut berkenaan konsol Xbox seterusnya, iaitu Project Scarlett yang mana salah satu fungsi yang diumumkan adalah fungsi keserasian belakang sehingga empat generasi.

Terkini ketika acara E3 yang berlangsung minggu ini, Microsoft mengumumkan yang mana mereka tidak lagi akan menambah permainan-permainan keserasian belakang daripada konsol Xbox pertama dan Xbox 360 buat konsol Xbox One. Bersempena dengan itu, mereka juga senarai permainan terakhir buat fungsi keserasian belakang buat Xbox One tersebut.

Berikut adalah permainan daripada konsol Xbox pertama yang bakal tiba di konsol Xbox One bersama kandungan pernambahan di mana menurut Microsoft kesemua permainan tersebut akan menyokong resolusi sehingga 4k buat konsol Xbox One X:

  • Armed And Dangerous
  • Indian Jones And The Emperor’s Tomb
  • Sphinx And The Cursed Mummy
  • Tom Clancy’s Splinter Cell
  • Tom Clancy’s Splinter Cell Pandora Tomorrow
  • Tom Clancy’s Splinter Cell Chaos Theory
  • Tom Clancy’s Splinter Cell Double Agent
  • Unreal Championship 2: The Liandri Conflict

Berikut pula adalah permainan Xbox 360 yang menerima kemaskini keserasian belakang buat konsol Xbox One:

  • Asura’s Wrath
  • Battlefield 2: Modern COmbat
  • Enchanted Arms
  • Enslaved: Odyssey To The West
  • Far Cry Classic
  • Far Cry Instincts Predator
  • Infinite Undiscovery
  • Peter Jackson’s King Kong: The Official Game Of The Movie
  • Prince Of Persia The Forgotten Sands
  • Skate
  • Star Ocean: The Last Hope
  • Super Puzzle Fighter II Turbo
  • Syndicate
  • Too Human
  • Unreal Tournament III

Manakala, berikut pula adalah senaria permainan yang menerima kemaskini pernaik-tarafan khas buat konsol Xbox One X:

  • Banjo-Kazooie
  • Banjo-Kazooie Nuts & Bolts
  • Banjo-Tooie
  • Kameo elements Of Power
  • Perfect Dark
  • Perfect Dark Zero
  • Viva Pinata
  • Viva Pinata: Trouble In Paradise

Sememangnya ianya agak menyedihkan untuk melihat tiada lagi permainan Xbox 360 dan Xbox pertama bakal tiba di konsol Xbox One. Namun sejak 2015 lepas Microsoft mengumumkan fungsi keserasian belakang ini, mereka telah pun melancarkan lebih dari 600 permainan ke senarai katalog permainan serasian belakang tersebut. Semestinya ianya adalah satu senarai permainan yang sangat mengagumkan oleh Microsoft.

Meskipun begitu, menurut Microsoft, mereka selepas ini akan memfokuskan fungsi tersebut di konsol Xbox seterusnya dan memandangkan mereka mengumumkan konsol Project Scarlett bakal menyokong permainan keserasian belakang sehingga empat generasi, sudah pastinya kesemua permainan yang diumumkan oleh mereka sebelum ini akan boleh dimainkan di konsol Project Scarlett tersebut.


TIPS & ULASAN