Lanjutan daripada penundaan permainan Shenmue III ke 19 November 2019 ini, minggu ini juga Deep Silver dan Ys Net mempertontonkan video acah baharu buat permainan tersebut sempena acara E3 2019.
Bersempena dengan itu, Ys Net juga mengumuman versi PC permainan tersebut akan dilancarkan secara eksklusif di Epic Game Store.
Melalui video acah tersebut, Ys Net memperlihatkan sebilangan adegan permainan dan beberapa bentuk permainan. Namun, dukacitanya, permainan tersebut kelihatan masih lagi memerlukan tempoh pembangunan yang lebih banyak, memandangkan visual dan animasi pergerakkannya kelihatan agak janggal.
Walaubagaimana pun, kami percaya Ys Net pasti akan melancarkan permainan ini dengan sempurna menjelang November ini.