Informasi Permainan Video Terkini
Desperados 3 Diumumkan – Kembali Selepas Menghilang Selama 13 tahun

Desperados 3 Diumumkan – Kembali Selepas Menghilang Selama 13 tahun

Diterbitkan pada June 12, 2019 oleh .

Antara genre permainan yang boleh dikatakan pupus di dunia moden ialah permainan berpasukan dari pandangan isometri. Siri Desperados ialah antara yang pernah kami mainkan ketika di kolej suatu ketika dahulu. Di E3, permainan Desperados 3 telah diumumkan. Ini menandakan kepulangan siri yang kali terakhir dilancarkan pada tahun 2006.

Seperti permainan Desperados sebelum ini, pemain boleh mengawal pelbagai watak dengan kepakaran tersendiri. Permainan akan dibangunkan oleh Mimimi Productions dan diterbitkan oleh THQ Nordic. Mimimi Productions sebelum ini menghasilkan permainan Shadow Tactics: Blades of the Shogun. Studio asal yang membangunkan dua permainan Desperados sebelum ini, Spellbound Entertainment tidak lagi wujud selepas muflis pada tahun 2012.

Genre permainan berkumpulan isometri ini mungkin tidak lagi popular. Tetapi sebagai peminat siri Desperados dan Commandos, kami tidak sabar untuk menantikan pelancaran Desperados 3 pada penghujung tahun ini di PlayStation 4, Xbox One dan PC.


TIPS & ULASAN