Informasi Permainan Video Terkini
Konami Mengumumkan TurboGrafx 16 Mini – Menyokong Simpanan Pantas, Resolusi Berbeza Dan Multi-Pemain

Konami Mengumumkan TurboGrafx 16 Mini – Menyokong Simpanan Pantas, Resolusi Berbeza Dan Multi-Pemain

Diterbitkan pada June 12, 2019 oleh .

TurboGrafx 16 yang juga dikenali sebagai PC Engine merupakan konsol permainan yang dikeluarkan oleh NEC Home Eletronic bersama dengan Hudson Soft pada 1987 di Jepun sebelum turut dikeluarkan secara globa pada tahun 1989 dan 1990.

Di E3, Konami mengumumkan yang mereka bakal mengeluarkan TurboxGrafx 16 Mini yang akan menyertakan beberapa permainan tersedia di dalam konsol tersebut. Buat masa ini hanya lima permainan yang diumumkan iaitu R-Type, New Adventure Island, Ninja Spirit, Ys Book I & II, Dungeon Explore dan Alien Crush.

Menurut Konami lagi, konsol tersebut akan menyokong simpanan pantas di mana-mana bahagian permainan, ia juga akan menyokong pelbagai resolusi termasuk juga nisbah 4:3 seperti TV CRT. Menggunakan perkakas multitap yang akan dijual berasingan, ia juga akan menyokong multi-pemain sehingga 5 pemain.

Buat masa ini Konami masih tidak mengumumkan bila ia akan dikeluarkan akan tetapi ia akan mempunyai 3 rekana berbeza untuk 3 benua. PCEngine Core Grafx Mini untuk pasaran Eropah, PC Engine Mini untuk pasaran Jepun dan TurboGrafx 16 Mini untuk Amerika Utara.


TIPS & ULASAN