Antara permainan Nindies yang diumumkan awal Mac lepas, akhirnya mendapat tarikh pelancaran iaitu Cadence Of Hyrule: Crypt Of NecroDancer di mana ianya bakal dilancarkan pada 13 Jun 2019 ini di konsol Switch melalui Nintendo eShop.

Permainan tersebut merupakan permainan aksi rentak yang berdasarkan permainan Crypt Of NecroDancer dan melalui permainan ini, ianya akan menyertakan pelbagai elemen dan watak daripada siri The Legend of Zelda yang dibangunkan khas.

Menariknya juga, permainna ini akan menyertakan plebagai muzik-muzik daripada siri The Legend Of Zelda dicampur dengan elemen senjata dan kelengkapan yang pemain boleh lakukan ketika bertempur dengan musuh.

Bagi anda yang meminati bentuk permainan rentak dan siri The Legend Of Zelda, pastikan anda mendapatkan permainan ini menjelang minggu ini.

Sohor Kini