Lanjutan pengumuman SEGA sebelum ini berkenaan permainna Mario & Sonic At The Olympic Games Tokyo 2020 di konsol Switch, ketika acara Nintendo Direct yang berlangsung hari ini, Nintendo akhirnya mengumumkan secara rasmi permainan tersebut akan dilancarkan November ini di Switch.
Seperti yang dilaporkan oleh kami, permainan ini adalah permainan simulasi sukan berdasarkan sukan olimpik yang bakal berlangsung di Tokyo tahun hadapan. Seperti siri permainan Mario & Sonic sebelum ini, permainan ini akan menyertakan pelbagai jenis watak daripada kedua-dua siri tersebut.
Menurut Nintendo, permainan ini akan menyertakan bentuk kawalan secara pergerakkan dengan menggunakan JoyCon. Namun, ianya juga boleh dikawal secara biasa. Selain itu, dari segi bentuk multi-pemain, sokongan untuk bermain secara pembahagian skrin ataupun atas-talian juga disertakan.
Dari segi acara sukan, permainan ini akan menyertakan pelbagai jenis acara sukan terdiri daripada meluncur ombak, papan luncur, karate, lari pecut dan sebagainya.
Buat masa ini ianya dijadualkan bakal tiba pada November ini. Namun tarikh pelancaran rasmi masih belum diumumkan.