Skip to main content

Dengan bakal tiba sukan Olimpik tahun hadapan di Jepun, SEGA hari ini mengumumkan bahawa mereka akan membawa 4 permainan sukan Olimpik rasmi buat pelbagai konsol, arked dan juga versi permua melalui telefon pintar.

https://www.youtube.com/watch?v=ZUiYIPLQ–A

Permainan pertama yang diumumkan adalah Olympic Games Tokyo 2020: The Official Video Games yang mana ianya bakal tiba tahun ini untuk pasaran Asia. Menurut SEGA, permainan tersebut akan dilancarkan di Playstation 4 dan Switch.

Menariknya, ia akan menyertakan pelbagai permainan sukan Olimpik seperti sukan renang, ping pong dan sebagainya. Pemain juga berupaya untuk menghasilkan avatar pemain mereka sendiri.

Permainan seterusnya adalah Mario & Sonic At The Olympic Games Tokyo 2020 yang mana ianya adalah permainan rentas-siri antara Nintendo dan SEGA iaitu Mario dan Sonic, seperti yang dilancarkan oleh mereka sebelum ini. Namun bagi permainan ini ianya adalah esklusif buat konsol Switch sahaja secara global sekitar penghujung tahun ini.

Namun, SEGA juga umumkan permainan Mario & Sonic At The Olympic Games Tokyo 2020 Arcade Edition yang mana ianya adalah permainan yang sama namun untuk arked di pasaran Jepun sahaja.

Bagi versi permua pula, Tokyo 2020 Sonic At The Olympic Games juga diumumkan buat peranti iOS dan Android dan ia bakal tiba tahun hadapan.

Sememangnya ini merupakan satu pengumuman yang sangat besar buat SEGA dimana mereka tampaknya bukan sahaja akan melancarkan permainan sukan Olimpik, malah ianya kelihatan mereka mempunyai lesen untuk permainan video bagi acara sukan olimpik tersebut. Kami di Aksiz akan mengemaskini jika terdapat sebarang pengumuman tambahan.

Leave a Reply