Skip to main content

Semalam, Square-Enix memperlihatkan video acah khas buat permainan Dragon Quest XI S: Echoes Of An Elusive Age buat konsol Switch yang mana ianya akan menyertakan mod 16 bit.

Namun, ketika acara Nintendo Direct, Square-Enix akhirnya berkongsi yang mana permainan tersebut bakal tiba 27 September 2019 ini.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, versi Switch buat permainan ini akan menyertakan mod 16-bit yang mana asalnya ianya adalah eksklusif di versi 3DS buat pasaran Jepun sahaja.

Tambahan itu, Square-Enix juga menyertakan beberapa kandungan tambahan lain seperti watak bonus baharu, muzik orkestra baharu yang dihasilkan bersama-sama sokongan dwi-bahasa.

Dragon Quest XI S: Echoes Of An Elusive Age asalnya dilancarkan di Playstation 4 dan PC awal tahun ini di mana kami sebelum ini telah pun mengulasnya dan memberi markah sempurna atas sebab bentuk JRPG klasik yang sangat menawan sekali.

Leave a Reply