Lanjutan daripada pengumuman Dragon Quest XI S: Echoes of an Elusive Age buat konsol Switch, hari ini ketika persidangan Square-Enix buat acara E3 2019, Square-Enix akhirnya memperlihatkan video acah baharu buat permainan tersebut.

Menariknya, melalui versi Switch tersebut, Square-Enix akan menyertakan mod 16-bit yang mana fungsi tersebut hanya tiba buat versi 3DS bagi pasaran Jepun sahaja. Meskipun begitu, visual utama permainan tersebut kelihatan agak berkurangan jika ingin dibandingkan dengan versi Playstation 4.

Buat masa ini, tidak banyak informasi yang dikongsikan. Namun menurut Square-Enix ianya bakal tiba sekitar suku ke-3 tahun ini dan bagi anda yang ingin menonton video acah tersebut, anda boleh menontonnya di bawah.

https://www.youtube.com/watch?v=TIADxTxBWDc

Sohor Kini