Bandai Namco hari ini akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran permainan Code Vein di mana ianya bakal tiba pada 27 September 2019 di Playstation 4, Xbox One dan PC. Permainan tersebut asalnya akan dilancarkan pada September 2018 lepas, namun ianya ditundakan.

Bersempena dengan pengumuman ini, mereka juga berkongsi satu video acah khas yang memperlihatkan adegan permainan bersama-sama dengan bentuk permainna yang bakal pemain tempuhi.

Code Vein merupakan permainan aksi pengembaraan yang memfokuskan bentuk pertempuran yang mencabar. Ianya bukan sahaja mempunyai bentuk secara solo, malah bentuk multi-pemain juga diumumkan bakal tiba secara bersama. Pemain juga berupaya untuk menghasilkan watak mereka sendiri.

Sohor Kini