Informasi Permainan Video Terkini
Demo Dragon Quest Builders 2 Bakal Tiba 27 Jun Ini Di Playstation 4 Dan Switch

Demo Dragon Quest Builders 2 Bakal Tiba 27 Jun Ini Di Playstation 4 Dan Switch

Diterbitkan pada June 11, 2019 oleh .

Sebelum ini kami berkongsi yang mana permainan Dragon Quest Builders 2 akan dilancarkan Julai ini.

Terkini melalui persidangan Square-Enix yang ebrlangusng hari ini, Square-Enix mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan demo khas secara percuma pada 27 Jun ini di Playstation 4 dan Switch.

Bersempena dengan pengumuman ini, mereka juga memperlihatkan video acah baharu yang memperlihatkan kandungan-kandungan yang bakal tiba buat permainan ini termasuklah bentuk permainan solo dan multi-pemain.

Dragon Quest Builders 2 akan dilancarkan pada 12 Julai ini di konsol Playstation 4 dan Switch.


TIPS & ULASAN