Sony dan Square-Enix hari ini mengumumkan yang mana permainan Dragon Quest Builders 2 yang diumumkan oleh mereka sebelum ini akan dilancarkan pada 12 Julai 2019 ini di Playstation 4 buat pasaran Malaysia. Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, permainan ini juga bakal dilancarkan di konsol Switch.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, permainan Dragon Quest Builders merupakan siri permainan dunia-terbuka berformulakan seperti Minecraft, dimana pemain boleh membina pelbagai jenis bangunan berasaskan blok.

Menariknya, melalui permainan kedua ini menyertakan bentuk multi-pemain sehingga empat pemain serentak. Menariknya, permainan ini dikembangkan lagi dengan pelbagai bentuk baharu seperti keupayaan untuk menghasilkan kebun pemain sendiri, kolam renang dan juga mod pandang pertama.

Dari segi harga jualan di Playstation 4, permainan ini menyertakan beberapa edisi iaitu:

  • Edisi biasa fizikal : RM229
  • Edisi biasa digital : RM219
  • Edisi Deluxe digital : RM294

Melalui edisi Deluxe, permainan tersebut akan menyertakan beberapa kandungan tambahan seperti resipi untuk pemain menghasilkan barangan legenda bersama pas musim yang menyertakan pelbagai kandungan tambahan seperti kostum, pek-pek kelengkapan dan sebagainya.

Tambahan itu, bagi anda yang membuat pra-tempahan edisi fizikal, Square-Enix dan Sony juga akan menyertakan cap khas Dragon Quest Builders 2 yang anda boleh dapatkan secara bersama. Selain itu, kod kandungan tambahan seperti resipi blok mengikut lambang khas juga disediakan buat edisi fizikal.

Bagi anda yang berminat, Dragon Quest Builders 2 sudah boleh dipra-tempah bermula hari ini melalui PSN Store ataupun mana-mana pengedar rasmi Playstation.

Sohor Kini