Dragon Quest XI: Echoes of an Elusive Age sudah dikeluarkan untuk Playstation 4 dan PC pada 4 September 2018. Ia juga dikeluarkan untuk 3DS tetapi eksklusif untuk pasaran Jepun. Dragon Quest VI S: Echoes of an Elusive Age merupakan permainan ini yang menerima pelbagai penambahan dan dikeluarkan untuk Switch.
Melalui Nintendo Direct hari ini, mereka mengatakan yang permainan tersebut akan tiba pada suku keempat tahun ini. Selain menyertakan muzik dan jalan cerita baharu, ia juga akan menyertakan mod permainan secara 8-bit yang merupakan fungsi terdapat di dalam versi 3DS untuk permainan tersebut.
Bagi kami permainan ini adalah permainan sempurna untuk yang meminati genre JRPG dan sudah semestinya tidak sabar untuk mencubanya di Switch.
[info]Bacaan Lanjut: Ulasan Dragon Quest XI: Echoes Of An Elusive Age – JRPG Terbaik Di Playstation 4[/info]