Skip to main content

Tahun lepas, Square-Enix mengumumkan bahawa mereka bakal membawa kembali permainan Final Fantasy: Crystal Chronicles sebagai permainan pernambah-baikkan ke konsol Playstation 4 dan Switch.

Terkini melalui persidangan E3 2019 Square-Enix, mereka juga mengumumkan versi permua juga bakal dilancarkan sekitar suku ke-4 tahun ini.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, Final Fantasy Crystal Chronicles asalnya merupakan permainan esklusif yang dilancarkan di Nintendo GameCube pada 2004 lepas. Ianya merupakan permainan pertama buat siri Crystal Chronicles yang mana ia  memfokuskan bentuk RPG multi-pemain.

Menurut Square-Enix, pemain berupaya untuk bermain permainan secara solo mahupun multi-pemain secara atas-talian.

Leave a Reply