Skip to main content

Salah satu permainan yang diacahkan oleh Square-Enix minggu lepas iaitu Outriders, kini akhirnya diumumkan secara rasmi ketika persidangan Square-Enix.

Outriders merupakan permainna yang dibangunkan oleh People Can Fly, di mana mereka terkenal dengan permainan Painkiller dan Bulletstorm yang dilancarkan beberapa tahun lepas. Kini dengan kerjasama bersama Square-Enix, mereka bakal membawa permainan penembak yang memfokuskan bentuk koperasi dan naratif yang berkualiti tinggi.

Menurut People Can Fly, informasi lanjut berkenaan permainan ini akan dikongsikan pada penghujung tahun ini dan ianya dibangunkan khas di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC di mana ianya bakal tiba suku kedua tahun hadapan.

Leave a Reply