Square Enix hari ini mengumumkan yang permainan baharu Outriders akan diumumkan di persidangan E3 mereka iaitu pada 10 Jun kelak. Melalui kicauan di akaun Twitter permainan tersebut diperlihatkan seorang watak menyedarkan diri daripada pembekuan (cryostasis).

Sejak awal bulan ini, akaun Twitter tersebut telah beberapa kali mengeluarkan kicauan yang berkongsi log misi untuk beberapa orang watak seperti Captain Simon dan Captain Archan.

Berkemungkinan besar permainan ini dibangunkan oleh People Can Fly iaitu pembangun untuk permainan Painkiller dan Bulletstorm yang sebelum ini mengumumkan mereka sedang membangun permainan menembak AAA bersama dengan Square Enix.

Apapun, sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi tidak lama lagi.

Bacaan Lanjut: Senarai Penuh Tarikh Dan Masa Acara Persidangan Siaran Langsung E3 2019

Sohor Kini