Sebelum ini kami berkongsi yang mana permainan seterusnya oleh Tokyo RPG Factory, pembangun I Am Setsuna dan Lost Sphear iaitu Oninaki bakal tiba tidak lama lagi.
Terkini melalui persidangan Square-Enix, mereka akhirnya mengumumkan tarikh pelancarannya iaiatu ia bakal tiba 22 Ogos 2019 ini.
Seperti yang dilaporkan oleh kami, Oninaki akan memfokuskan pengembaraan seorang watak sebagai Kagachi di mana mereka akan menggunakan tenaga dan kuasa Daemons untuk bertempur. Menariknya, permainan ini akan menyertakan pelbagai jenis kuasa Daemons yang pemain boleh dapatkan di mana setiap satunya mempunyai senjata mereka sendiri. Pemain kemudiannya berupaya untuk menukar antara senjata tersebut dan melakukan serangan yang sangat kuat terhadap musuh dengan pelbagai bentuk.
Oninaki bakal tiba menjelang Ogos ini buat konsol Playstation 4, Switch dan juga PC melalui Steam.