Februari lepas ketika acara Nintendo Direct, Square-Enix mengumumkan permainan Oninaki, iaitu permainan seterusnya oleh Tokyo RPG Factory di mana mereka terkenal dengan permainan seperti I Am Setsuna dan Lost Sphear.
Terkini, Square-Enix berkongsi satu video acah baharu yang mana ianya memperlihatkan bentuk permainan tersebut dan juga sebilangan watak-watak yang pemain boleh gunakan.
Oninaki akan memfokuskan pengembaraan seorang watak sebagai Kagachi di mana mereka akan menggunakan tenaga dan kuasa Daemons untuk bertempur. Menariknya, permainan ini akan menyertakan pelbagai jenis kuasa Daemons yang pemain boleh dapatkan di mana setiap satunya mempunyai senjata mereka sendiri. Pemain kemudiannya berupaya untuk menukar antara senjata tersebut dan melakukan serangan yang sangat kuat terhadap musuh dengan pelbagai bentuk.
Buat masa ini, Oninaki dilaporkan bakal tiba pada suku kedua tahun ini buat konsol Playstation 4, Xbox One dan juga PC melalui Steam.