Mei lepas, Ubisoft mengumumkan permainan Ghost Recon seterusnya iaitu Ghost Recon: Breakpoint di mana ianya bakal tiba Oktober ini. Kini melalui persidangan Ubisoft buat E3 2019, Ubisoft mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan akses beta buat permainan tersebut pada bulan September ini.
Menurut Ubisoft, Beta tersebut akan bermula pada 5 hingga 8 September dan melaluinya pemain berupaya untuk mengembara di dalam lokasi Auroa secara solo mahupun secara koperasi sebanyak 4 pemain. Pemain juga akan bertempur dengan pasukan Wolves, yang diketuai oleh Cole D. Walker, dibintangi oleh Jon Bernthal.
Menurut Ubisoft, beta tersebut boleh diakses secara khas buat mereka yang sudah pun membuat pra-tempahan Ghost Recon: Breakpoint. Bagi anda yang tidak membuat pra-tempahan, anda juga berupaya untuk mendaftar dan berpeluang untuk menerima akses beta tersebut apabila ianya dilancarkan.
Tom Clancy’s Ghost Recon: Breakpoint bakal dilancarkan pada 4 Oktober 2019 ini di konsol Playstation 4, Xbox One dan juga PC.
[info] Daftar : Beta Buat Ghost Recon: Breakpoint [/info]Selain daripada itu, Ubisoft juga mengumumkan program komuniti khas Ghost Recon Delta COmpany di mana ianya akan membenarkan pemain untuk berinteraksi bersama pembangun dengan lebih dekat dan pada masa yang sama menyediakan pelbagai kandungan-kandungan menarik buat siri Ghost Recon.
[info] Layari: Ghost Recon Delta Company [/info]