Seperti yang tertiris sebelum ini berkenaan permainan seterusnya Ghost Recon, Ubisoft hari ini akhirnya mengumumkan secara rasmi, permainan Tom Clancy’s Ghost Recon: Breakpoint di mana ianya bakal dilancarkan pada 4 Oktober 2019 ini buat konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.

Ghost Recon: Breakpoint bertempatkan di lokasi Auroa, iaitu di kawasan selatan pasifik. Dengan kawasan yang berteknologi dengan kelengkapan Skell Technology, permainan ini menyertakan bentuk dunia terbuka yang sangat luas untuk pemain terokai.

Seperti yang dilaporkan oleh kami, permainan Ghost Recon ini sekali lagi akan memfokuskan bentuk dunia terbuka dan pada masa yang sama bentuk koperasi sebanyak 4 pemain serentak. Menariknya, bentuk multi-pemain tersebut boleh diakses secara lancar dan bersahaja, sekaligus memudahkan pengalaman koperasi buat pemain.

Permainan ini akan memfokuskan pasukan The Wolves, iaitu bekas tentera Ghost yang mana telah mengkhianati negara dan diketuai oleh Colonel Cole D. Walker, yang dilakon oleh Jon Bernthal.

Bersempena dengan pengumuman ini, Ubisoft juga berkongsi satu video khas yang memperlihatkan bentuk dan kandungan permainan tersebut selama 13 minit.

Melaluinya, mereka memperlihatkan sebilangan bentuk permainan yang bakal tiba di dalam permainan ini seperti sistem kecederaan yang mana akan memberi kesan terhadap prestasi watak. Ini sekaligus memerlukan pemain untuk menyembuhkan kecederaan tersebut untuk menjadi askar yang lebih efektif.

Selain itu, seperti kebanyakkan permainan multi-pemain lain, fungsi menyembuhkan rakan, stamina dan juga bergerakkan di dalam kawasan yang luas kesemuanya tiba di dalam permainan ini. Akan tetapi, apa yang menarik minat kami adalah fungsi untuk menggunakan tanah untuk menghasilkan bentuk penyamaran adalah sesuatu yang baharu, ianya sedikit sebanyak mengingatkan kami dengan permainan Metal Gear Solid 4 dengan fungsi OctoCamo.

Bercakap berkenaan perkara tersebut, Ghost Recon Pointbreak ini juga banyak memainkan bentuk selinap secara berpasukan, ini sekaligus pasti akan memberi cabaran dengan bentuk taktikal yang sangat tinggi buat pemain.

Seperti kebanyakkan produk oleh Ubisoft, Ghost Recon Breakpoint ini juga akan menyertakan beberapa edisi permainan yang anda boleh dapatkan, termasuklah edisi pengumpul yang tertiris sebelum ini. Untuk informasi lanjut berkenaan edisi tersebut, anda boleh ke laman rasminya.

Ubisoft juga menjanjikan beta tertutup akan di adakan buat mereka yang membuat pra-tempahan permainan tersebut di mana pemain akan berupaya untuk mencuba permainan tersebut lebih awal.

Semestinya ini adalah satu pengumuman yang sangat menarik sekali, terutamanya mereka yang meminati permainan yang bergenre multi-pemain koperasi secara berpasukan.

Sohor Kini