Juga ketika acara persidangan Bethesda Softworks, Arkane Lyon iaitu pembangun permainan Dishonored mengumumkan permainan seterusnya oleh mereka iaitu Deathloop. Buat masa ini, tarikh pelancaran dan platform masih belum diumumkan.

Deathloop merupakan permainan penembak di mana ianya kelihatan memfokuskan dua pembunuhan upahan yang akan membunuh sesama mereka. Menariknya, permainan tersebut kelihatan meletakkan pemain di dalam satu gelungan masa yang berulangan setiap kali pemain mati.

Walaubagaimana pun, bentuk permainan Deathloop masih belum dipertontonkan dan kami percaya Bethesda akan kongsi informasi lanjut menjelang tahun ini.

Sohor Kini