Ketika acara persidangan Xbox yang berlangsung hari ini, Double Fine Productions iaitu pembangun terkenal untuk siri Psychonauts diumumkan akan menyertai Xbox Game Studios. Ini sekaligus meletakkan studio tersebut dibawah naungan Microsoft.

Namun, menurut Tim Schafer, permainan akan datang mereka iaitu Pscyhonauts 2 masih lagi akan dilancarkan di konsol lain walaupun mereka kini berada di bawah naungan Microsoft. Tim Schafer juga menyatakan bahawa segala permainan mereka masih lagi di dalam perancangan seperti permainan RAD dan pada masa akan datang mereka akan memfokuskan permainan di konsol Xbox.

Tambahan itu, bersempena dengan pengumuman tersebut, mereka juga memperlihatkan video acah baharu buat permainan Psychonauts 2 di mana ianya memperlihatkan bentuk permainan tersebut buat pertama kalinya.

Psychonauts 2 akan dilancarkan di konsol Playstation 4, Xbox One dan juga PC. Namun dukacitanya, tarikh pelancarannya masih belum diumumkan.

Sohor Kini