Skip to main content

Setelah diacahkan awal tahun ini oleh Bandai Namco, ketika acara persidangan Xbox, permainan aksi RPG ‘Project Z’ akhirnya diumumkan secara rasmi dengan nama Dragon Ball Z Kakarot.

Menurut Bandai Namco, permainan tersebut akan memfokuskan Goku ataupun Kakarot di mana pemain akan mengembara bersama beliau di dalam dunia Dragon Ball Z. Pemain juga akan mengembara dan menemui pelbagai watak dari dunia anime terkenal tersebut disamping memancing, bertempur, makan dan juga berlatih bersama Goku.

Berdasarkan video acah yang diperlihatkan, permainan tersebut juga kelihatan mempunyai bentuk seakan permainan perlawanan Dragon Ball Xenoverse sebelum ini dengan pelbagai bentuk kemahiran yang pemain boleh lakukan. Ianya juga kelihatan akan memfokuskan bentuk naratif dari Vegeta Saga sehingga Frieza.

Dragon Ball Z Kakarot dijadualkan bakal tiba awal 2020 di konsol Playstation 4, Xbox One dan juga PC.

Leave a Reply