Skip to main content

Lanjutan daripada pengumuman Xbox Game Pass buat pengguna PC oleh Microsoft beberapa minggu lepas, mereka akhirnya melancarkan servis langganan tersebut di mana ianya boleh dilanggan bermula hari ini.

Menurut Microsoft, harga langganan Xbox Game Pass di PC hanya akan bermula $4.99(~RM21). Menariknya, sempena pengumuman ini, mereka kini sedang mengadakan promosi di mana ianya hanya boleh dilanggan dengan harga $1(~RM4) untuk bulan pertama.

Seperti servis Xbox Game Pass di konsol Xbox One, Xbox Game Pass di PC akan menyertakan pelbagai permainan yang pemain boleh mainkan setelah melanggannya seperti permainan Gears Of War 4, Hellblade: Senua’s Sacrifice, Forza Horizon 4 dan sebagainya. Semestinya langganan di PC tidak mempunyai kesemua senarai permainan di Xbox One, namun ianya masih lagi mempunyai perpustakaan permainan yang banyak dan terkini seperti State Of Decay 2 dan Crackdown 3.

Selain itu, seperti yang dijanjikan oleh Microsoft sebelum ini, mereka juga kini akhirnya melancarkan Xbox Game Pass Ultimate di mana ianya menyertakan langganan Xbox Game Pass di konsol Xbox One dan PC bersama-sama dengan langganan Xbox Live Gold. Bersempena dengan pengumuman ini, Microsoft juga mengadakan promosi khas dengan harga langganan serendah $1(~RM4) untuk bulan pertama. Namun, harga langganan untuk bulan-bulan seterusnya adalah $14.99(~RM63).

https://www.youtube.com/watch?v=VbxDn2AZgb8

Untuk memudahkan anda, Xbox Game Pass Ultimate akan menyertakan:

  • Xbox Game Pass di konsol Xbox One
  • Xbox Game Pass di PC
  • Xbox Live Gold

Ini sekaligus, langganan Xbox Game Pass Ultimate bukan sahaja membenarkan anda untuk bermain kesemua perpustakaan permainan di konsol Xbox One, malah juga bermain kesemua perpustakaan permainan di PC melalui Xbox Game Pass di PC.

Bagi anda yang berminat untuk melanggan Xbox Game Pass di PC dan Xbox Game Pass Ultimate, anda boleh ke pautan di bawah.

[info] Layari: Microsoft Store Xbox Game Pass Di PC [/info] [info] Layari: Microsoft Store Xbox Game Pass Ultimate [/info]

Leave a Reply