Skip to main content

No Straight Roads merupakan permainan yang dibangunkan oleh Metronomik dan ia dirancang untuk dilancarkan sekitar tahun ini di Playstation 4 dan PC. Kami sebelum ini melaporkan informasi lanjut berkenaan permainan tersebut di mana anda boleh membacanya di pautan ini.

Permainan tersebut mendapat perhatian ramai kerana ianya dibangunkan oleh pembangun dari Malaysia di bawah naungan Wan Hazmer, bekas ketua pereka buat permainan Final Fantasy XV dan Daim Dziauddin iaitu konsep artis buat Street Fighter V.

Terkini, sebuah syarikat penerbit dari United Kingdom, iaitu Sold Out mengumumkan yang mana mereka akan menerbitkan permainan No Straight Roads secara digital dan juga fizikal. Pada masa yang sama, Metronomik juga menyatakan bahawa permainan tersebut juga kini ditunda sehingga awal tahun 2020.

Menurut Wan Hazmer, mereka mengambil keputusan untuk menundakan permainan tersebut adalah kerana untuk memastikan permainan tersebut berada di tahap kualiti yang ingin mereka lancarkan. Mereka juga teruja dengan kerjasama bersama Sold Out untuk membawa edisi fizikal permainan tersebut.

Menurut Garry Williams, ketua pegawai eksekutif dari Sold Out menyatakan bahawa mereka berbangga dapat bekerjasama bersama Metronomik dan membawa permainan No Straight Road secara global.

Walaupun ianya penundaan No Straight Roads agak menyedihkan, namun kami percaya ini adalah pilihan terbaik untuk studio tersebut dan kami pasti Metronomik akan menghasilkan satu permainan yang baik untuk peminat. Tambahan itu, dengan tibanya penerbit buat permainan tersebut, kami juga percaya ianya bakal dijual dengan baik secara global menjelang 2020 kelak.

Leave a Reply