Netflix hari ini mengumumkan yang mereka bakal menerbitkan siri animasi berdasarkan Magic: The Gathering iaitu permainan kad yang popular secara fizikal dan juga digital.

Menariknya, Netflix juga membawa Joe and Anthony Russo atau lebih dikenali sebagai The Russo Brothers yang merupakan pengarah bagi Avengers: Endgame untuk menyelia projek ini. Bahagian animasi akan diselia oleh Octopie serta Hasbro Allspark Animation.

Buat masa ini, Netflix tidak mengumumkan sebarang jangkaan tarikh siri ini akan dikeluarkan.

Sohor Kini