NetherRealm Studios minggu ini mengumumkan pek Kombat DLC khas buat permainan Mortal Kombat 11 yang baru sahaja dilancarkan oleh mereka April lepas.

Melalui pek DLC ini, mereka akan menyertakan sebilangan watak baharu di mana antaranya adalah Shang Tsung yang bakal tiba pada 18 June 2019. Menariknya, mereka juga mengumumkan watak lain seperti Nightworlf, Sindel dan 3 watak tetamu khas seperti Spawn. Dua lagi watak tetamu lain akan diumumkan kemudian.

Bersempena dengan itu, mereka juga berkongsi satu video khas yang memperlihatkan sebilangan bentuk permainan buat watak Shang Tsung di mana beliau berupaya untuk mencuri roh dan menggunakan kuasa-kuasa daripada watak lain.

Menariknya, pelakon asal buat watak Shang Tsung dari filem Mortal Kombat beberapa tahun lepas iaitu Hiroyki Tagawa juga kembali melakon watak tersebut dari segi suara latar dan rekaan model muka.

Selain itu, pek DLC ini juga akan menyertakan pelbagai kandungan tambahan lain seperti kostum tambahan dan kelengkapan lain yang pemain guna buat sebilangan watak-watak di dalam permainan ini.

Mortal Kombat 11 telah pun dilancarkan di Playstation 4, Xbox One, Switch dan juga PC pada April lepas.

Sohor Kini