Skip to main content

EA sebelum ini telah mengumumkan yang mereka tidak akan melakukan persidangan langsung di E3, sebaliknya mereka akan memperlihatkan EA Play lebih awal iaitu pada 9 Jun 2019.

Hari ini, EA berkongsi jadual penuh pengumuman yang akan dilakukan pada EA Play tersebut. Berikut adalah jadual mengikut masa tempatan;

  • 12.15 pagi: Rancangan Pra-EA Play
  • 12:30 pagi: Star Wars Jedi: Fallen Order
  • 1.00 pagi: Apex Legends
  • 1:30 pagi: Battlefield 5
  • 2.00 pagi: FIFA
  • 2:30 pagi: Madden NFL
  • 3.00 pagi: The Sims 4

FIFA dan Madden NFL adalah permainan yang saban tahun diperlihatkan semasa EA Play. Manakala Apex Legends, Battlefield 5, The Sims 4 mungkin akan diumumkan pelbagai penambahan yang akan tiba. Manakala untuk permainan Anthem, tampaknya tiada ruangan yang disertakan.

Kami sudah semestinya akan membuat laporan lanjut pada hari berkenaan. Jika anda berminat untuk menonton acara tersebut secara langsung anda boleh melawat Youtube dan Twitch rasmi mereka.

Leave a Reply