Roller-Derby merupakan sukan lasak yang dimainkan menggunkan kasut roda. Di dalam sukan ini, 2 pasukan 5 pemain akan berlawan dengan berpusing mengikut lawan jam.

Pemain yang menyerang akan menghantar seorang pemain untuk berpusing, mata dikira melalui jumlah pusingan yang berjaya dilakukan. Manakala pemain lain membantu pemain tersebut dengan membuka laluan yang akan cuba dihalang oleh pemain lawan.

Berdasarkan beberapa gambar yang tertiris, Ubisoft bakal mengumumkan satu permainan berdasarkan sukan tersebut iaitu Roller Champion. Ia dijangkakan akan diumumkan semasa persidangan langsung di E3 kelak.

Namun, sedikit berbeza dengan Roller-Derby, permainan Ubisoft juga menyertakan bola yang dipegang oleh pemain, ia mungkin akan mempunyai bentuk perlawanan yang sedikit berbeza.

Sohor Kini